|

Guru (dari bahasa Sanskrit ????) ataupun dikenali juga sebagai pengajar, pendidik,
Mudarris dan pengasuh merupakan tenaga pengajar dalam institusi pendidikan
seperti sekolah atau tiusyen (kelas bimbingan). Dalam zaman modern ini guru juga
merupakan istilah yang digunakan untuk seorang yang pakar dalam sesuatu bidang
misalnya management guru merujuk kepada seorang yang pakar dan handal dalam
bidang pengurusan. Di peringkat universiti, guru diberi gelaran tutor atau pensyarah.
Lazimnya guru perlu mahir dalam sesuatu mata pelajaran serta diperkukuhkan pula
dengan pengetahuan dalam bidang pedagogi atau sains prinsip pengajaran.
Dari segi agama pula misalnya agama Hindu dan Sikh, guru mempunyai maksud
yang lebih tinggi. Ia biasanya merujuk kepada para pendita yang mempunyai ilmu
mendalam dalam hal-hal kerohanian.
Â
Hari Guru Antarabangsa ditetapkan oleh UNESCO pada 5 Oktober setiap tahun.
Tetapi di Malaysia, Hari Guru disambut pada setiap 16 Mei sebagai
penghargaan kepada para guru.
Tema untuk hari guru pada tahun 2012 ialah :
Â
"Guru Inovatif Melonjakkan
Transformasi Pendidikan Negara"
Â
===============================================
UJIAN PKSR 1 - 2012
Adalah dimaklumkan bahawa Ujian PKSR 1 2012 akan diadakan pada
18 hb hingga 24 hb Mei 2012. Pihak sekolah memohon kerjasama
ibubapa untuk memantau anak tuan/puan membuat ulangkaji
sebagai persediaan menduduki ujian tersebut.
Muat turun jadual ujian di sini.
=======================================
Â

Sekitar Program Guru Penyayang SK Taman Segar
"GURU PENYAYANG MURID CERIA"
Baca lanjut..... |