|
 Pendrive sangat berguna untuk membawa data anda ke mana-mana sahaja.Tetapi dengan menggunakan pendrive, anda berhadapan risiko data anda diakses oleh orang lain jika anda kehilangan pendrive tersebut.Oleh itu anda memerlukan satu sistem sekuriti jika ingin memastikan data anda selamat. Terdapat banyak perisian yang menawarkan fungsi untuk lock folder di dalam pendrive, tetapi berani saya katakan 99% merupakan perisian berbayar.Manakala yang percuma hanyalah perisian yang langsung tidak bagus.Dalam pencarian saya, saya telah terjumpa dengan perisian ini iaitu KaKa Folder Protector yang senang digunakan, dan semestinya percuma.
|