LATIHAN PENGUKUHAN 1

Isikan tempat kosong dengan klik pada jawapan yang betul.

1.Ayah sedang ___________ paip yang bocor itu.

membaikikan

membaiki

membaik

baiki

 

2.Orang-orangan digunakan sebagai _______________ burung di sawah.

menghalaukan

menghalau

penghalauan

penghalau

 

3.En.Mokhtar ______________ ke pejabat kerana hujan.

memayungkan

memayungkan

berpayung

berpayungkan

 

4.Tok penghulu selalu ______________ kami semasa dalam keasusahan .

mebantu

menbantu

pembantu

membantu

 

5.Guru besar mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ____________ yang telah menghulurkan bantuan sehingga terbinanya sebuah surau yang indah dan serba lengkap itu.

dermawan

usahawan

wartawan

jutawan

 

6.Pak Samad menanam lapan ______________ pokok kelapa di atas ___________ tanahnya.

batang.....sebuah

baris...sepotong

pohon..... sekeping

baris....sebidang

 

7.Naim membeli se_____________ payung dan se _____________ jaket.

batang.....pasang

kaki.....helai

buah....bidang

pucuk....keping

 

8.Semua pelajar begitu ____________ mendengar ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Ustaz Fakrurazi.

takjub

ghairah

khusuk

leka

 

9.Kami amat ______________ melihat penderitaan yang di alami oleh rakyat palestin.

terkilan

terpegun

tersentuh

tertekan

 

10.Emak sibuk __________________ ketupat untuk menyambut hari raya .

menyulam

menganyam

menenun

memintal

 

11.Tanpa berasa segan silu,Arian yang ______________ itu mengganggu setiap orang yang lalu di situ.

bermuka-muka

bermuka tembok

bermuka dua

bermuka talam

 

12.Afif ________________ untuk menetap di Amerika buat selama-lamanya.

jatuh hati

bulat hati

puas hati

buah hati

 

Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang bergaris.

13.Setiap pelajar mestilah menghindari  perbuatan yang melanggar undang-undang sekolah.

membiarkan

mengawal

mengawasi

menjauhi

 

14.Para wartawan bergegas ke ruang lobi Parlimen untuk menemu ramah Perdana Menteri selepas beliau membentangkan Belanjawan Negara .

berasak-asak

berpusu-pusu

tergesa-gesa

termegah-megah

Pilih jawapan yang paling sesuai .

15.Apakah yang disampaikan oleh guru besar dalam perhimpunan tadi?

Guru besar merupakan pemimpin yang menjadi ikutan kepada murid-murid.

Guru besar mengharapkan semua pelajar berusaha bersungguh-sungguh kerana UPSR semakin hampir.

Guru besar dan pelajar sama-sama mencari jalan bagaimana untuk meningkatkan prestasi akademik.

Guru besar telah berusaha untuk mendisiplinkan pelajar-pelajar.

 

Pilih soalan yang paling sesuai.

16.Perdana Menteri akan merasmikan Hari Belia Sedunia di Putrajaya.

Bilakah Hari Belia Sedunia akan dirasmikan?

Bagaimanakah Perdana Menteri akan merasmikan Hari Belia Sedunia?

Apakah urusan Perdana Menteri di Putrajaya?

Apakah tujuan Hari Belia Sedunia dirasmikan?

 

 

Soalan 17 hingga 18 :  Pilih ayat yang menggunakan tanda baca yang betul .

17.

Asmawee bertanya, "Hafiez!Rahimie,kata kamu akan pergi ke Australia besok.Betulkah?"

Asmawee bertanya, "Hafiez,Rahimie kata kamu akan pergi ke Australia besok,betulkah?"

Asmawee bertanya, "Hafiez,Rahimie kata,kamu akan pergi ke Australia besok,betulkah?

Asmawee bertanya, "Hafiez,Rahimie,kata kamu akan pergi ke Australia besok?Betulkah?

18.

Kata abang."Tolong belikan ayah senaskah akhbar."

Kata abang ,tolong belikan ayah  senaskah,akhbar."

Kata abang,'tolong belikan ayah, senaskhah akhbar."

Kata abang,"Tolong belikan ayah senaskhah akhbar."

 

 

Soalan 19 hingga 21:  Pilih ayat yang sama maksud.

19.Kita orang awam bukannya arif dalam hal-hal Perlembagaan Negara.

Hal-hal Perlembagaan Negara sangat susah bagi kita.

Orang awam dikatakan masih belum pandai dalam hal-hal Perlembagaan Negara.

Orang awam seperti kita biasanya tidak berpengetahuan dalam hal-hal Perlembagaan Negara.   

Orang awam yang kuram faham  tidak begitu arif dalam hal-hal Perlembagaan Negara.

 

20.Rumah banglo yang cantik itu telah diilhamkan oleh seorang arkitek yang terkenal .

Seorang arkitek yang terkenal telah mengilhamkan pembinaan rumah banglo yang cantik itu.

Seorang arkitek terkenal telah mengilhamkan sebuah rumah yang cantik untuk banglo yang terkenal.

Seorang arkitek terkenal baru sahaja mereka rumah banglo yang cantik.

Rumah banglo yang cantik itu akan dibina dengan ilham seorang arkitek yang terkenal.

 

21.Cadangan ketua kampung untuk mengadakan temasya sukan pada 10 Jun 2005 disokong oleh ahli jawatankuasa kampung.

Temasya sukan yang telah diadakan pada 10 Jun oleh ketua kampung berjaya mendapat sokongan daripada ahli jawatankuasa kampung.

Ahli jawatankuasa kampung dan ketua kampung menyokong cadangan untuk mengadakan temasya sukan pada 10 Jun 2005.

Ahli jawatankuasa kampung telah menyetujui syor yang dikemukakan oleh ketua kampung untuk mengadakan temasya sukan pada 10 Jun 2005.

Pada 10 Jun 2005 ,ahli jawatankuasa kampung telah menyokong ketua kampung supaya temasya sukan diadakan.

 

 

Soalan 22 hingga 23:  Pilih perkataan berganda yang membawa maksud banyak.

22.

  1. Pada hari raya puasa yang lalu anak- pinak keluarga Haji Said telah      berkumpul di rumahnya
  2. Suasana di puncak bukit-bukau itu sungguh dingin terutama pada waktu pagi.
  3. Dedaun kelihatan berserakan di halaman rumah Naim.
  4. Rakyat Malaysia terkenal dengan sikap mereka yang ramah-tamah.

I dan II

III dan IV

I,II dan III

I,II,III dan IV

 

23.
  1. Kami sama-sama bersyukur atas kejayaan yang dicapai.
  2. Kerja-kerja membaiki jalan akan dijalankan mulai pukul 9.00 pagi hingga 3.00 petang.
  3. Sia-sia sahaja usaha kamu selama ini kerana dia masih bercakap seperti dulu.
  4. Pada masa-masa beginilah kamu perlu membaca dan mengulang kaji pelajaran.

I dan II

II dan III

I dan III

II dan IV

Soalan 24 hingga 25:  Pilih kata ganda yang membawa maksud saling.

24.

  1. Pihak polis berbalas-balas tembakan dengan sekumpulan perompak .
  2. Adik asyik melihat anak-anak kucing itu berkejar-kejaran .
  3. Kami sedang memerhati ikan lumba-lumba yang sedang berenang -renang .
  4. Kita harus mengikis sikap suka berpuak-puak supaya keharmonian antara masyarakat terus terjamin.

I dan II

II dan III

I dan IV

I,II dan IV

25.
  1. Arian mengambil langkah berhati-hati dalam memilih bakal isterinya.
  2. Bantu-membantu merupakan suatu amalan yang mulia.
  3. Adik memanggil-manggil penjual aiskrim itu.
  4. Walaupun sudah lama berjauhan tetapi Rahimie dan Azierah masih lagi berkirim-kirim surat.

I dan II

II dan III

II dan IV

III dan IV

Soalan 26 hingga 28:  Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris yang betul

26.

  1. Ingatan Naim pada kawan lamanya tidak luntur walau telah lama berpisah.
  2. Wajah adik luntur seketika setelah dimarahi oleh ibu.
  3. Akibat aktiviti pembalakan haram yang berleluasa ,air sungai yang jernih itu menjadi luntur.
  4. Warna baju itu luntur setelah direndam begitu lama.

I dan II

II dan III

I dan IV

III dan IV

 

27.
  1. Para pemandu hendaklah berhati-hati ketika melalui jalan yang banyak lubang itu.
  2. Adik menangis kerana lubang telinganya dimasuki semut.
  3. Pada waktu malam, penyu menggali lubang untuk bertelur
  4. Mayat budak yang malang itu ditemui di lubang sungai yang berarus deras itu.

I dan II

II dan III

I,II dan III

I,II,III dan IV

28.

I.Pak Din memerah  keringat untuk menyara tujuh orang anaknya yang masih kecil.

II.Raju memerah tangannya  kerana terlalu sakit.

III.Emak memerah wang gajinya untuk menyekolahkan kami.

IV.Halim terpaksa memerah otaknya untuk  menjawab soalan peperiksaan yang agak rumit.

 I dan II

 I dan IV

 II dan III

 II dan IV

 

Soalan 29hingga 30:   Pilih ayat-ayat yang betul

29.

  1. Penglihatan  orang tua itu sangat teliti
  2. Pendapatan Alif disokong oleh ahli mesyuarat dengan  sebulat suara.
  3. Sakit mata Cikgu Aziz melihat muka Selvi yang comot itu.
  4. Buku terbaru hasil tulisan Khadijah Hashim sangat laris di pasar.

I dan II

II dan III

III dan IV

I,II,III dan IV

30.
  1. Kalau tidak menjadi keberatan ,tolong hadir mesyuarat besok .
  2. Nenek tidak melarat lagi untuk berjalan .
  3. Ramai peniaga-peniaga yang tidak membayar cukai perniagaan .
  4. Harga kereta Kancil sangat rendah jika dibandingkan dengan kereta lain.

I dan II

II dan III

III sahaja

IV sahaja